Perbezaan dengan sistem Totalitarian Autoritarianisme

Secara luaran, autoritarianisme dan totalitarianisme kelihatan hampir sama. Kerajaan kedua-dua sistem ini biasanya berkuasa untuk menyekat hak asasi manusia dan menindas rakyatnya secara kejam. Namun, menurut beberapa penganalisa politik seperti Jeane Kirkpatrick, terdapat banyak perbezaan di antara kedua-dua fahaman ini. Misalnya dalam kerajaan autoritarian pemerintahnya akan menumpukan perhatian kepada pembangkang politik. Suatu masa dahulu, Singapura hanya mempunyai satu parti yang berkuasa iaitu PAP dan parti pembangkang tidak diberi ruang untuk bergerak. Di setengah negara pula, tindakan ekstrem akan diambil terhadap pihak pembangkang. Contohnya, pada 21 Ogos 1983, sewaktu pemerintahan Ferdinand Marcos, pembangkangnya yang utama Senator Benigno Aquino, Jr. telah mati dibunuh. Walaupun begitu, kerajaan ini tidak berkuasa untuk mengawal kesemua aspek kehidupan masyarakatnya. Akhirnya, kerajaan Marcos telah dijatuhkan oleh balu Senator Aquino iaitu Corazon Aquino.

Manakala dalam sistem totalitarian, kerajaannya mempunyai penguasaan total terhadap rakyatnya. Setiap aspek kehidupan berada di bawah telunjuk parti pemerintah, termasuklah pekerjaan, gaji, dan hak beragama. Malah, survival setiap rakyatnya adalah dikaitkan dengan survival regim yang memerintah.